KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$114.85 bilion (US$1=RM4.76) pada akhir Januari 2024, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$2.30 juta.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Januari 2024 tetap boleh guna.
"Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing yang termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara berjumlah US$15.52 bilion.
"Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$23.42 bilion pada akhir Januari 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," kata bank pusat.
BNM berkata selaras dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing yang timbul daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Menurut bank pusat, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.61 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang sambil menambah satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun yang berjumlah US$400.9.
"Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.
"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
BNM berkata selaras dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing yang timbul daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek. -Gambar fail/Bernama
Jepun-Greece rai diplomasi lampau 125 tahun
Jepun dan Greece meraikan hubungan diplomasi lampau yang bermula sejak 125 tahun lalu dengan lawatan rasmi sepanjang minggu ini di Greece.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Tanah runtuh di Papua New Guinea: India tawar bantuan US$1 juta
Bantuan bernilai US$1 juta disumbang India bagi membantu mangsa-mangsa bencana tanah runtuh tragis di Papua New Guinea. Tanah runtuh itu yang berlaku pada minggu lalu, setakat ini telah meragut ribuan nyawa dengan ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.
Panas ekstrem di Rajasthan, 6 maut akibat strok haba
Sekurang-kurangnya enam terkorban akibat gelombang haba melampau dan berpanjangan di barat India, Rajastran pada Selasa.
Himpunan solidariti mahu lihat kesan jelas selepas iktiraf
Pada hari sebelumnya, ratusan yang bersolidariti dengan rakyat Palestin berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Eropah (EU) di Barcelona dan di beberapa pejabat kementerian luar di Madrid.
Sepanyol tegas inginkan baitulmaqdis, ibu negara Palestin
Diharapkan langkah untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara akan diikuti lebih ramai negara lain khususnya dari Eropah. Ia juga dilihat dapat menyegerakan keamanan selepas melihat kekejaman berterusan sekian lama. Ini pendirian yang dikongsi tiga negara -Sepanyol, Ireland dan Norway yang secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai negara berkuat kuasa Selasa, 28 Mei.
Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
Pilih hidangan makanan, elak keracunan
Jemaah haji Malaysia disaran memilih makanan dan tempat makanan yang bersesuaian untuk mengelakkan masalah boleh mengganggu tumpuan beribadah termasuk kemungkinan keracunan dan cirit birit.
Hubungan Malaysia-China berada di tahap tertinggi
Hubungan diplomatik Malaysia-China yang sudah menjangkau hampir lima dekad kini berada di tahap tertinggi.
Program Geran Kreatif KL bertujuan memberi hela nafas baharu
Kerajaan akan memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan projek-projek flagship dengan meningkatkan dan menyelaras usaha untuk memastikan ianya mencapai potensi penuh dalam memberikan hela nafas baharu kepada Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi destinasi kreatif bertaraf dunia.
Hamas desak Majlis Keselamatan PBB ambil 'langkah segera' hentikan serangan Israel ke atas Rafah
Hamas pada Selasa menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan berterusan Israel di Rafah.
BNM sediakan fleksibiliti kawal selia bagi bank terbitkan sukuk dalam denominasi ringgit
Bank Negara Malaysia (BNM) kini menyediakan fleksibiliti kawal selia untuk bank pembangunan pelbagai hala untuk menerbitkan sukuk dalam denominasi ringgit.
Ringgit di kedudukan pertama berbanding mata wang negara serantau pada pertengahan Mei - MOF
Peningkatan nilai ringgit mendorong mata wang tempatan berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain pada pertengahan Mei 2024.
Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan
Minggu ini, BNM jalankan operasi harian untuk kurangkan lebihan dana dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.